Wednesday, July 28, 2010

wanita acuan Al-Quran

wanita acuan Al-Quran ialah:

seorang wanita yang beriman,
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah, 
yang sentiasa haus dengan ilmu,
yang sentiasa dahaga pahala, 
yang solatnya adalah maruah dirinya,
yang tak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu,


wanita acuan Al-Quran ialah:

yang menjaga tutur katanya,
yang tak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh,

wanita acuan Al-Quran ialah:


sentiasa mengingat mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian,


wanita acuan Al-Quran ialah:

wanita yang tak pernah terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mimpikan syurga di situlah rumah impiannya,
bersama lelaki acuan Al-Quran,
Insyaallah...............

0 comments:

 
Copyright 2009 padaMU ku bersujud.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com