Pages

Wednesday, August 11, 2010

MaRI KonGSi...^_^...

kelebihan aktiviti dalam Bulan Ramadan???...

secara faktanya bulan Ramadan mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri yang tidak ada dalam bulan-bulan lain...memang susah lah nk dpt kelebihan ini dalam bulan lain...jom tengok!!!...apa kelebihan-kelebihan itu....:p..

  • Solat subuh berjemaah di surau atau di masjid (perasan x kalo time buln pose jew surau pnuh)
  • Peluang membaca al-Quran waktu tengah hari atau malam sebelum tidur (masing-masing berebut-rebut nk dptkn pahala ramadan)
  • berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka (x syok brbuke ngn sahur sorg2)
  • solat tarawih dan witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga
  • kecerian membeli kuih-muih sebelum berbuka..(sedapnya...)
  • menguji ketabahan ketika bangun awal pagi untuk bersahur
  • bertadarus al-Quran dengan matlamat untuk mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam setahun
  • menanti-nanti kemunculan malam lailatulqadar dan sekiranya beribadah pada malam itu akan mendapat ganjaran pahala seperti seribu tahun
  • menyertai iktikaf dan qiamulai di masjid especially pada 10 malam terakhir
  • menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenam matahari ramadan hingga sebelum solat sunat aidilfitri

...apa lagi....jom kite rebut segala kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan.....semoga ramadan kali ini memberi penuh makna dan yang terbaik dalam hidup kita....^_^

Friday, July 30, 2010

pemilik nyawaku

wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
ku pasrahkan semua padaMU
Tuhan baru ku sedar
indahnya nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMU
kata2 cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
butir2 cinta air mataku
teringat semua yang kau beri padaku
ampuni segala khilaf dan salah selama ini ya Ilahi
muhasabah cintaku

"Ya Allah, yang maha mendengar segala isi hati. aku bersyukur di atas nikmat cinta sesama insan yang Engkau kurniakan dalam jiwa ini. Jika benar dia adalah jodohku, maka Engkau satukanlah hati-hati kami. Titipkanlah rindu dalam jiwa kami. moga kami dapat menjalani kehidupan ini mengikut syariatMu. sesungguhnya Engkau maha penentu segalanya."

Ya rabb,
aku disini, menanti dirimu
payahnya wahai Tuhan
melalui hayat ini tanpaMu
Ya Quddus
malam menjelang
di kala mata zahir ingin menutup
aku masih tidak jemu menanti
mengharap Kau akan hadir dalam setiap saat hidup ini
membuka kembali pintu mata batinku
serta pintu-pintu rumahMU
Ya Rabbi
saat aku berada di depan pintu rumahMU
panggillah aku lagi masuk rumahMU itu
kerana jika manusia itu tahu
betapa indahnya rumahMU
nescaya mereka tidak akan ingin hidup didunia ini lagi
kerana disitulah letaknya syurga hati yang abadi
manisnya tiada tukar ganti
sekalipun dengan jasad dan rohku ini
wahai sang pencipta
aku merindui saat itu lagi
bila aku pulang nanti
panggillah aku lagi

sungguh Ya Rabbi
saat itu
hanya engkau yang tahu betapa jasadku dan hayah ku ini
hanya milikmu
betapa bahagianya aku yang hina ini
tika kau berada disisi
Ya Aziz
meskipun aku memindahkan segala nikmat dunia ini
meski aku himpun semua pasir-pasir di bumi
takkan terlawan indahnya syurgaMU yang hakiki
Ya Rabbi
setelah aku kembali
ke bumi yang diseliputi nafsu ini
kalam hati mula berbunyi
apakah yang ada pada kehidupan ini?
kehidupan yang aku sendiri tak pasti lalu untuk dimengerti
dan jalan manakah yang harus ku tuju?
betapa aku bosan dengan manusia disisi
betapa Kau maha mengetahui apa yang bersarang di hati
kerana KAU pemilik nyawaku....

Wednesday, July 28, 2010

wanita acuan Al-Quran

wanita acuan Al-Quran ialah:

seorang wanita yang beriman,
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah, 
yang sentiasa haus dengan ilmu,
yang sentiasa dahaga pahala, 
yang solatnya adalah maruah dirinya,
yang tak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu,


wanita acuan Al-Quran ialah:

yang menjaga tutur katanya,
yang tak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh,

wanita acuan Al-Quran ialah:


sentiasa mengingat mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian,


wanita acuan Al-Quran ialah:

wanita yang tak pernah terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mimpikan syurga di situlah rumah impiannya,
bersama lelaki acuan Al-Quran,
Insyaallah...............

Monday, July 26, 2010

mutiara kata



Assalamualaikum...
Ana ingin berkongsi sedikit mutiara kata yang ana dapat dari internet...semoga kata-kata yang indah ini dapat memberi semangat dan pedoman buat sahabat-sahabat semua....sebenarnya banyak lagi...tapi..ini je yang dapat ana paparkan....selamat MENGHAYATI..^_^....


"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."


apa yang sahabat-sahabat rasa bila dah baca kata-kata mutiara nie....kalo x banyak pun mesti rasa terkesan sikit kan kat hati.....sebagai manusia kita mestilah selalu ingat dan mengingatkan sesama manusia yang lain....cuba lah menjadi yang terbaik terutamanya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH....sekian....

Sunday, July 25, 2010

sedingin embunan
dedaun kehijauan
sesegar ingatan kenangan kisah silam
kita seiringan bersatu dan berjuang
meniti titian PERSAHABATAN....

...pernah x sahabat2 semua dengar lagu ni...KAU BAGAI CAHAYA nyayian saujana...
lagu ni mengingatkan ana pada sahabat2 ana yang dah terpisah jauh...semua dah melanjutkan pelajaran kat tempat berbeza....sahabat umpama cahaya yang hadir dalam hidup kita..saling memerlukan antara satu sama lain...seandainya terpisah ia merupakan ketentuan....segala suka dan duka hanya kekal sebagai kenangan....

Alhamdulillah...hari ini merupakan pertemuan yang amat bermakna buat ana dan sahabat lama ana...YANTI...
sahabat lama ana masa kat matrik...yanti yang mangatur rancangan nk berjumpa dengan ana....rasa excited pun membuatkan ana bersetuju....tapi.....alamak...yanti nk bawa pakwe dia lak...ana plak berkira-kira nk ikut ke x....mcm mne nie...akhirnya ana setuju gak...bleylah nk jumpa yanti jew...hehe..
YANA....ana ajak sahabat ana nie teman...nsib bek yana nk temankan....

...masa ana masuk ke kereta Yanti ana x nampak pun kelibat lelaki yang x dikenali...yang ada cuma dua orang gadis bertudung...seorang 2 mmg lah yanti..yang sorang lagi sape...?....surprise!!!!..AZREEN....
sah....diorang mmg kenekan ana....pakwe yang dikatakan rupenye Azreen...hehe...
yanti 2 sahabat lama ana kat matrik...azreen 2 lak sahabat ana dari form 1 sampailah ke matrik.....terasa dunia nie kecik kan.....diorang sama2 belajar kat UMT ....itulah semua ketentuan ALLAH.....

...petang kami hari ini dipenuhi dengan gelak tawa...ketam goreng,ikan celup tepung....pisang goreng...aiskrim...menjadi jamuan kami....lokasi kedai makan di pantai batu rakit menjadi saksi pertemuan semula kami...ceh!!....hehe....

..ana harap pertemuan ini xkan berakhir disini....ana harap juga...ana akan bertemu semula dengan sahabat2 lain yang dah lama terpisah....

kau hadir bagai cahaya
terangi hatiku TEMAN
kita saling memerlukan dan mengharapkan
tangis gembira saat bahagia
moga kan kekal menuju ke SYURGA
kerana TUHAN kita ditemukan
andai terpisah itu KETENTUAN....

Ya Allah,....berkatilah hubungan ini...moga ikatan ini akan terus berkekalan...kekal dalam RAHMAT dan KASIH-MU Ya Allah....semoga kekal hingga ke SYURGA,,,,,,,,InsyaAllah....^_^


Saturday, July 24, 2010

padaMU ku bersujud

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

-Afgan-

Friday, July 23, 2010

first post...

assalammualaikum...

Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya membuat blog ku sendiri...mencoret sedikit rasa hati, berkongsi sedikit kehidupan diri....dalam mencari sinar kebahagian, menagih cinta Ilahi....ku harap coretanku menjadi aspirasi MUJAHIDAH SEJATI....
 
Copyright 2009 padaMU ku bersujud.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com